Sunday, December 03, 2017

RESEPI RAISIN PASTRY

KISMIS
Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan.

RESEPI RAISIN PASTRY
BAHAN BAHAN
10 keping pasti 4" x 4" - jenama Kawan
Kismis secukupnya
Mentega
Gula Perang

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan oven pada suhu 160C

Sapukan mentega pada pastry, taburkan gula perang dan kismis.

Gulung pastry (seperti gulungan kuih ketayap) dan tekan dengan garfu pada hujung pastry tadi hingga melekat.

Potong pada 6 bahagian dan susun diatas dulang pembakar yang telah digris dan dialas.
(sila alas dulang pembakar untuk mengelakkan pastry melekat dan pecah apabila dikeluarkan)


Bakar selama 20-25 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment