Sunday, December 03, 2017

RESEPI LEMPENG KELAPA

LEMPENG
Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar. Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.

 RESEPI LEMPENG KELAPA


BAHAN BAHAN
2 cawan kelapa parut putih
2 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh - baking powder
1/2 camca teh garam
2 cawan air
minyak masak
Sambal tumis bilis secukupnya.

PROSES PENYEDIAAN

Gaulkan kelapa parut bersama tepung gandum, baking powder dan garam sehingga rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan di gaul sebati.

Panaskan sedikit minyak masak dalam non stick pan dan letak satu senduk adunan lempeng kelapa tadi masak pada api sederhana, bila dah keperangan balikkan.


Buat sehingga habis adunan lempeng tadi. Hidangkan panas bersama Sambal tumis ikan bilis.

No comments:

Post a Comment