Sambal ialah sos yang diperbuat
daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain
seperti garam, cuka dan belacan.
Sambal ialah salah satu hidangan
istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang
berasal dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI SAMBAL GORENG UDANG
BAHAN BAHAN
500 gram udang sederhana besar - dikupas kulit dan ditinggalkan
bahagian ekornya
2 keping tempe - dipotong dan digorenng
2 biji kentang saiz besar - dipotong dan digoreng
4 keping tauhu - dipotong dan digoreng
secekak suhun - direndam dan ditoskan}
secekak fucuk - direndam, dipotong dan ditoskan} saya tambah
sendiri
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
BAHAN DIMAYANG:
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan-bahan yang dimayang hingga naik bau dan masukkan
bahan-bahan kisar. Masak hingga pecah minyak dan naik bau.
Tambahkan dengan garam, gula dan perasa secukupnya mengikut
citarasa masing-masing. Tambahkan dengan air asam jawa dan santan pekat. Kacau
sebati.
Bila mendidih campuran tadi masukkan udang dan kacau lagi. Bila
udang kelihatan hampir masak, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng bersama
suhun dan fucuk. Kacau rata. Biarkan mesra dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment