ASAM PEDAS
Asam Pedas ialah sejenis
masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam
pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri
Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula
terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri
Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang
kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya
sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur
RESEPI IKAN SAPI MASAK ASAM PEDAS
BAHAN BAHAN
500gm kg Ikan Sapi
sapi/ Bebaru
8 biji Cili Kering
4 ulas Bawang Merah
3 Bawang Putih
1 inci Halia
2 inci Kunyit
2 batang Serai
Asam Jawa
Garam Secukupnya
sedikit Daun Kesum
PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan yang
dikisar (Cili kering, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit) bersama
serai yang diketuk hingga garing.
Masukkan ikan dan biarkan seketika dengan api sederha. Masukkan air kemudian
biarkan medidih.
Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Jangan masak terlalu lama kerana
isi ikan ini sangat lembut takut nanti jadi hancur.
Akhir sekali, masukkan Daun Kesum. Matikan api. Angkat dan hidangakan.
No comments:
Post a Comment