Asam Pedas ialah
sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja
asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di
Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan
tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain
di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan.
Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
BAHAN BAHAN
300gm
daging - potong nipis, cuci & toskan
1
batang serai
1
sudu asam jawa
1
cawan air - boleh ditambah jika suka kuah yg cair
Garam
Minyak
BAHAN KISAR
7
biji bawang kecil
3
ulas bawang putih
1
inci halia
2
cawan cili kisar
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan
minyak, masukkan serai. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak
atau cili masak secukupnya (cili klau dimasak dgn betul akan berbau).
Setelah
cili cukup masak, masukkan daging dan asam. Tutup. Setelah daging empuk,
perasakan dengan garam. Siap.
No comments:
Post a Comment