Wednesday, November 29, 2017

RESEPI MASAK LEMAK NANGKA

MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI MASAK LEMAK NANGKA
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
150gm nangka muda dipotong dan dicelur hingga empuk.
sedikit ikan bilis
250 ml santan

BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar
1 inci kunyit hidup
sedikit lada hitam
sedikit belacan
garam secukup rasa.

PROSES MASAK
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata.Masak dengan api yang perlahan dan pastikan santan tidak pecah minyak.

Apabila sudah cukup rasa dan telah masak angkat dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment