Masaklemak ialah
sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam
pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara
iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Masak lemak ialah
sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini
merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan
dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah
pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam
masakan.
BAHAN BAHAN
- 1 peket siput sedut - buang hujung siput guna playar
- 5 cawan santan pekat
- 2 batang serai-dititik
- 1/2 buah nenas- potong ikut suka
- Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
- 10 biji cili api
- 4 cm kunyit hidup
- 2 biji bawang merah
PROSES PENYEDIAAN
- Bersihkan siput, memang suami saya la yang buang hujung siput ni, potong nenas menjadi saiz yang kecil-kecil memanjang.
- Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan bahan yang ditumbuk lumat dan serai. Biarkan kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan siput, nenas dan garam.
- Kacau siput dan biar sampai kuah mendidih, siput akan bertukar warna bila dah masak serta nenas menjadi empuk baru boleh la ditutup api
No comments:
Post a Comment