Tuesday, November 28, 2017

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI

KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN

400gm keping isi ikan tengiri
3 SB serbuk kari di gaul dengan sedikit air
1 sudu asam jawa
santan pekat secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato potong 4
Garam
Minyak masak

BAHAN TUMISAN
4 biji bawang putih di hiris
4 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang besar di hiris
2 batang daun kari
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh biji halba

PROSES MASAK
Masukkan minyak masak secukup nya dalam kuali. Bila minyak panas, tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.

Masukkan pes rempah kari ikan dah tumis sehingga pecah minyak.Masukkan air asam jawan dan gaul sebati.  Masukkan juga secawan air. 

Bila kuah telah mendidih, masukkan buah tomato dan biarkan seketika.  Masukkan juga santan pekat, dan garam. 


Akhir sekali masukkan ikan tenggiri. Biarkan seketika sehingga ikan masak sempurna.  

No comments:

Post a Comment