Monday, November 27, 2017

RESEPI AYAM GORENG KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.


BAHAN BAHAN
1/2 ekor ayam - potong 8
1 bungkus kecil sebuk kari - dibancuh dgn sdikit air
Rempah tumis 3 bersaudara - bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
1 cawan air
5 s/b minyak
Garam

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 biji cili api

PROSES PENYEDIAAN
Tumis serai, rempah tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak.

Masukkan ayam & air. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi tomato.


No comments:

Post a Comment