UBI KAYU
Ubi kayu (nama
botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari
famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya
sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika
Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
RESEPI UBI KAYU GORENG
BEREMPAH
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
Beberapa ketul ubi
kayu (dibersihkan dan dipotong memanjang)
Minyak untuk
menggoreng
BAHAN TUMBUK
Sedikit ketumbar
1 sudu kecil kunyit
serbuk @ 1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa
PROSES MASAK
Gaulkan semua bahan
tumbuk dengan ubi kayu. Perapkan lebih kurang 20 minit.
Panaskan minyak
dalam kuali dan goreng hingga kekuningan Angkat dan bolehlah dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan
sambal kicap
No comments:
Post a Comment