Tuesday, November 28, 2017

RESEPI KERABU TAUGE IKAN BILIS GORENG

TAUGEH
Tauge atau kecambah ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Disamping itu, ianya bersih daripada racun kulat atau serangga, dan mempunyai vitamin A dan C dan sumber kalsium yang tinggi.

Walaupun ada pelbagai jenis tauge, di Malaysia hanya terdapat dua jenis tauge yang utama dan biasa digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan tauge kasar.

Cara penghasilannya adalah mudah dan bersih jikalau langkah-langkah tertentu diambil dan diawasi. Tauge dicambah dengan mengalirkan air pada biji benih selama beberapa minit dalam beberapa kali sehari sehinggalah tauge mencapai tahap matang yang dikehendaki. Tahap matang tauge berbeza mengikut pasaran tempatan. Tauge biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan kini menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat.

RESEPI KERABU TAUGE IKAN BILIS GORENG

BAHAN BAHAN
2 genggam tauge yang di bersihkan.
1 genggam ikan bilis di goreng garing dan ketepikan.
3 biji cili merah
sedikit belacan di tumbuk hancur kasar.
1 biji bawang besar di dadu kan
5 biji cili api di hiris.
1 sudu udang kering di tumbur hancur.
1 sudu jus lemon.


PROSES MASAK
Masukkan tauge ke dalam penapis.  Curah kan air panas dan terus toskan.  Jangan celur nanti tauge jadi lembik.  Ketepikan.

Gaul cili merah yang telah di tumbuk dengan belacan bersama bawang besar, cili api, udang kering dan juga jus lemon.  Masukkan sedikit garam sebagai perasa.Gaulkan kesemua bahan bersama dengan tauge tadi.


Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah di goreng garing tadi.

No comments:

Post a Comment