Tuesday, November 28, 2017

RESEPI LEMAK CILI API KETAM

MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI LEMAK CILI API KETAM

BAHAN BAHAN
4 ekor ketam sederhana besarnya.
2 helai daun kunyit di simpul
2 batang serai di titik
Santan Pekat secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR
20 biji cili api
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang kecil merah
2 cawan air Asam Jawa

PROSES MASAK

Bersih kan ketam, Potong  dua bersihkan dan toskan.

Masakkan bahan yang di tumbuk tadi bersama 2 cawan air dan juga serai. Lebih kurang 10 minit. Masukkan ketam, santan pekat, kunyit hidup dan garam secukup rasa.  Gaul ketam perlahan.


Pastikan kuah tidak mengelegak sangat sehingga pecah minyak.  Nanti rasanya kurang sedap. Siap

No comments:

Post a Comment