Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang
dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka
dan belacan. Sambal ialah salah
satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan
sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
10
biji telur puyuh rebus yang telah dibersihkan dan buka kulit
1
biji bawang besar - potong bulat
1/2
cawan ikan bilis - basuh dan toskan
1
keping asam
Garam
Gula
Minyak
BAHAN DIKISAR
15
tangkai cili kering
3
biji bawang kecil
2
ulas bawang putih
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan
minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. Tumis bahan kisar hingga
masak.
Masukkan
bawang besar, ikan bilis, asam keping dan perasakan dgn garam dan gula. Biar
hingga bawang layu/lembut.
Masukkan
pula telur puyuh dan kacau sebati.
No comments:
Post a Comment