Wednesday, November 29, 2017

RESEPI MASAK LEMAK CENDAWAN SISIR

MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI MASAK LEMAK CENDAWAN SISIR

BAHAN BAHAN
200gm cendawan sisir - dibersihkan  dan ditoskan
1 cawan santan
sedikit ikan bilis - dibelah
1 batang serai - diketuk
1 -2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa.

BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
kunyit hidup
10 biji cili api 

PROSES MASAK

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.Kacau perlahan-lahan di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Angkat dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment