Wednesday, November 29, 2017

RESEPI MASAK LEMAK UDANG BELIMBING BULUH

MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI MASAK LEMAK UDANG BELIMBING BULUH
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
200gm udang sederhana besar 
5 biji belimbing buluh 
1 batang serai dititik
2 cawan santan
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
1 inci kunyit hidup

PROSES MASAK
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama dengan santan, serai dan panaskan dengan api yang perlahan.

Masukkan belimbing buluh. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan daun kunyit.

Masukkan udang dan garam serta gula secukup rasa. Bila udang telah masak, tutup api dan sedia untuk dima

No comments:

Post a Comment