Tuesday, November 28, 2017

RESEPI BAULU DURIAN

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.

RESEPI BAULU DURIAN
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
10 biji telur
1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk gula
1 mangkuk santan pekat
*1 mangkuk air
*5 helai daun pandan
(*blend dan tapis.dapatkan 1 mangkuk air pandan)
3-4 ulas isi durian - buang biji
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak

PROSES MASAK
Masukkan telur,gula,santan,isi durian dan garam dalam pengisar dan kisar hingga halus

Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air dan kisar lagi hingga adunan sebati. Tambahkan pewarna hijau dan gaul sebati.

Masukkan minyak ke dalam loyang dan dipanaskan atas api. Bila cukup panas,masukkan adunan yang telah dibancuh tadi ke dalam loyang tersebut.Biarkan 1 minit

Masukkan loyang tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan/masak.Biarkan sejuk sebelum dipotong..

No comments:

Post a Comment