Monday, November 27, 2017

RESEPI LALA MASAK LEMAK


Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.


BAHAN BAHAN
1 kilo lala
3 cawan santan pekat
1 batang serai-dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR
5 biji cili api
3 cm kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Satukan santan dan bahan ditumbuk lumat kedalam periuk, masakkan kuah sampai hampir mendidih.


Kemudian masukkan lala yang sudah dibersih, serai, garam dan kacau semua bahan. Sekali-sekala kacau lala supaya kuah tak pecah minyak , bila lala dah masak boleh la ditutup api dapur. 

No comments:

Post a Comment