Friday, December 01, 2017

RESEPI NASI GORENG USA

NASI GORENG USA
Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng ayam adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng USA singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan "USA" adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan USA, makanan ini tidak mempunyai asal usul dari negara USA.

Walau bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir USA itu sehingga memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu nasi goreng, sedikit lauk (sama ada ayam, atau daging) dengan telur goreng.
RESEPI NASI GORENG USA


BAHAN BAHAN
BAHAN NASI
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.

Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.

Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

DAGING MASAK MERAH( LAUK)
BAHAN BAHAN
300gm daging ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji capsicum ~ dihiris
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehinggacili masak.

Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.

Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.


Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.

No comments:

Post a Comment