Monday, November 27, 2017

RESEPI SAYUR CAMPUR TUMIS

Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yan dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, salad atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek.

Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada.

BAHAN BAHAN
4 ekor sotong
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
1 batang carrot yang kecil
Segenggam kacang panjang
Sedikit bunga kobis

PROSES MASAK
Kupas semua bawang dan di mayang halus, potong sayur.Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang , goreng sehingga bawang menjadi layu kemudian masukkan sotong dan kacau sampai sotong masak.


Masukkan sos tiram, kicap dan sayur carrot serta terus megacau.Masukkan sedikit air kemudian masukkan sayur kacang panjang dan bunga kobis serta sedikir garam jika masih kurang masin,Terus mengacau lagi sampai la sayur masak.

No comments:

Post a Comment