Ayam goreng ialah
daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng
kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil
menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas
kulitnya, atau sebaliknya.
Ayam goreng paling
banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan
yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak
dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu
memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil
memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
dibersih dan dipotong ikut suka
santan diperah drp 1 biji kelapa parut
air asam jawa
secukupnya
garam
minyak masak untuk
menggoreng terendam
air
BAHAN
DIKISAR
4 tangkai cili merah
2 sudu teh ketumbar biji
2 biji buah keras
10 ulas bawang merah
1 batang serai-hiris halus
2.5cm lengkuas 2.5cm kunyit hidup
2 sudu teh gula melaka parut@gula perang
PROSES
PENYEDIAAN
Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan lain
kecuali minyak masak. Renihkan di atas api sederhana hingga ayam empuk dan kuah
pekat. Angkat dari api dan asingkan ayam dan kuahnya.
Panaskan minyak dan goreng terendam ayam hingga
kuning keemasan. Toskan. Hidang ayam goreng dengan kuah selebihnya.
No comments:
Post a Comment