Monday, November 27, 2017

RESEPI KARI IKAN JENAHAK

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.


BAHAN BAHAN
1 kilo ikan jenahak
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu asam jawa segera
1/2 sudu halba campur
1 peket rempah kari ikan
5 cawan santan pekat
8 biji kacang bendi
Garam secukup rasa

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halba campur dan daun kari sehingga naik bau. Sentiasa kacau semua bahan supaya layu sekata dan tidak menjadi hangit.

Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk kemudian masukkan cili serta asam jawa . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan tadi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit dan boleh la dimasukkan semua ikan jenahak tadi dan garam kemudian kacau dan biarkan seketika sehingga kuah mendidih. Jika kuah terlalu pekat boleh ditambah sedikit air. Rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera.


Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dengan kuah kari dan biarkan seketika dan terus tutup api dapur.Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. 

Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

No comments:

Post a Comment