Wednesday, November 29, 2017

RESEPI PERUT DAGING GORENG

GORENG
Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang SEDIKIT dikatakan digoreng secara tohor.

Goreng penuh ialah menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau garam panas.

RESEPI PERUT DAGING GORENG
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
perut yang g telah digaramkan semalaman
bawang besar hiris
cili padi/ cili kering/ cili besar yg telah dimesin
cili besar hiris

PROSES MASAK
Masukkan perut bersama dgn air dan tenggelam perut tu dalam periuk. rebus hingga lembut, bila kering air, masukkan minyak dan goreng hingga sedikit garing

Masukkan cili mesin tadi, goreng garing dan gaulkan bersama perut. Masukkan bawang dan cili hiring.gaul sekata.kalau nak masuk perisa pun boleh


No comments:

Post a Comment