Wednesday, November 29, 2017

RESEPI UDANG MASAK LEMAK SAYURAN

MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI UDANG MASAK LEMAK SAYURAN
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
15 ekor udang basah (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
sedikit garam dan gula
santan secukupnya
hirisan sayur campur

BAHAN KISAR
8 biji cili api
1 sudu makan udang kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia

PROSES MASAK
Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga terbit bau. Masukkan sayur campur, santan dan bahan-bahan selebihnya. Boleh tambah air jika perlu.


Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan udang goreng tadi. Kacau sebati.  Tutupkan api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dsbnya.

No comments:

Post a Comment