Wednesday, November 29, 2017

RESEPI MASAK LEMAK CILI API REBUNG

MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI MASAK LEMAK CILI API REBUNG

BAHAN BAHAN
200 gm rebung
15 ekor udang sederhana besar (dibuang kepala dan dibersihkan)
5 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 cawan santan
2 ulas bawang merah
Gula dan garam secukup rasa

PROSES MASAK
Cili padi, bawang, dan kunyit ditumbuk separa halus.

Masukkan santan, rebung dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan. Kacau supaya bahan-bahannya sekata.

Apabila  mendidih masukkan udang,garam dan gula secukup rasa. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.


Biar mendidih, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment