Monday, November 27, 2017

RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.


BAHAN BAHAN
400gm udang sederhana saiz dibuang kepala dan ekornya
1 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR
8 biji cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Bila sambal dah pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang dan kacau rata.


Bila dah agak masak masukkan garam, gula dan akhir sekali curahkan air asam jawa. Kacau sekejap semua bahan dan boleh la ditutup api dapur.

No comments:

Post a Comment