Tuesday, November 28, 2017

RESEPI IKAN KERISI MASAK ASAM SOS IKAN

SOS IKAN

Sos ikan adalah cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut. Ia digunakan sebagai perasa dalam pelbagai masakan. Sos ikan adalah bahan ruji dalam banyak budaya di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur, dan digunakan dengan meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam, Malaysia

RESEPI IKAN KERISI MASAK ASAM SOS IKAN


BAHAN BAHAN
3 ekor ikan disiang bersih
Perap kan bersama garam dan kunyit.
Goreng kan hingga garing dan ketepikan.

BAHAN TUMISAN
1 biji bawang holand di hiris kasar
1 biji buah tomato potong 2
10 biji cili api to hiris kasar
1 batang serai
1 inci halia di hiris
1 sudu makan sos ikan

PROSES MASAK
Sediakan kuali dan masukkan minyak masak.Tumis kan bahan di atas kecuali sos ikan


Bila dah layu, masukkan sos ikan dan sedikit air dan biarkan didih. Kacau rata kesemua bahan, bila dah didih, tuangkan kan atas ikan tadi.

No comments:

Post a Comment