Wednesday, November 29, 2017

RESEPI TULANG LEMBU GORENG

GORENG
Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap.

Menggoreng dengan minyak yang sedikit dikatakan digoreng secara tohor. Goreng penuh ialah menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau garam panas.

RESEPI TULANG LEMBU GORENG
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1/2 kilo tulang
sedikit daging lembu
3 sudu besar tomato puri
1 sudu besar bawang goreng
1 cawan air asam jawa

BAHAN KISAR
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

PROSES MASAK

Daging dan tulang digaul bersama bawang goreng yangg dihancurkan kemudian rebuskan ngan sedikit air hingga empuk
Masukkan minyak masak dalam daging tadi...ketepikan tulang dan daging. tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak


Gaul bersama tulang dan daging. tambah air asam jawa, tomato puree an sedikit air jika perlu perasakan ngan garam dan gula

No comments:

Post a Comment