Wednesday, November 29, 2017

RESEPI KARI AYAM YOGURT

KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI KARI AYAM YOGURT

BAHAN BAHAN
500gm  ayam dipotong kecil-kecil dan digoreng separuh masak
5 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk cili
rempah 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
3 sudu besar fresh yogurt / plain yogurt
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
sedikit hirisan tomato dan karot
ubi kentang secukupnya

BAHAN KISAR
1 Biji labu bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

PROSES MASAK
Sediakan dan panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga terbit bau. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga garing.

Rempah kari daging, rempah kurma dan serbuk cili disatukan di dalam satu bekas dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tumis tadi. Masak hingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan ayam separuh goreng tadi bersama ubi kentang. Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.


Masukkan pula yogurt dan bahan-bahan selebihnya. Kacau rata-rata.  Setelah masak, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment