Tuesday, November 28, 2017

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK

MASAK LEMAK

Masaklemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK  
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1/2 kilo daging batang pinang yang di hiris nipis
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 asam keping
2 batang serai di titik
1 helai daun kunyit
1 biji santan pekat.
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji buah keras
1 batang serai

PROSES MASAK

Daging tadi di salai atas api sehingga kekeringan airnya. Cili api dan kunyit hidup di tumbuk sehingga lumat halus.
Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan juga daging salai tadi.

Masak kan sehingga daging hampir lembut, Masukkan serai, asam keping, kentang dan masak sehingga kentang dan daging empuk.

Masukkan santan pekat serta garam dan biarkan mendidih.  Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.

Matikan api dan boleh di hidang kan.

No comments:

Post a Comment