Tuesday, November 28, 2017

RESEPI KARI UDANG

KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI   KARI UDANG

BAHAN BAHAN
1 kilo udang sederhana besar di bersihkan
3 biji kentang kupas kulitnya dan di belah 4

BAHAN UNTUK DIKISAR
5 biji bawang kecil
6 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu cili kisar
3 sudu makan rempah kari ikan
sedikit air

BAHAN UNTUK MENUMIS
3 biji bawang kecil dihiris
5 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang

1 biji santan pekat
Garam secukup rasa


PROSES MASAK
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.  Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.

Bila bahan menumis dah wangi, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak. Masukkan tomato, sedikit air dan biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
Bila kentang dah empuk, masukkan udang dan juga santan pekat.


Gaul rata sehingga udang masak dan santan mendidih.Masukkan garam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment