Monday, November 27, 2017

RESEPI SPAGHETTI OLIO

Spaghetti (Itali: [spaˈɡetti]) adalah pasta yang panjang, nipis, silinder, pejal. Seperti pasta lain, spaghetti diperbuat daripada gilingan gandum dan air. Spaghetti Itali diperbuat daripada semolina gandum durum, tetapi di tempat lain ia boleh dibuat dengan tepung jenis lain. Pada asalnya, spaghetti adalah sangat panjang, tetapi jenis lebih pendek semakin popular pada separuh akhir abad ke-20 dan kini spaghetti paling biasa didapati dalam 25–30 cm (10–12 in) panjang. Pelbagai menu hidangan pasta berdasarkannya.

BAHAN BAHAN
1 spaghetti - rebus sampai lembut
500 grm udang
300 grm sotong
5 biji cili merah
1 labu bawang putih
1 kiub pati ayam
1 jambak daun pasley
Garam dan lada sulah secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Rebus spaghetti sampai lembut dan ketepikan dulu . Masa merebus pastikan air mendidih dan boleh di letak sedikit garam didalam air rebusan supaya spahetti tak melekat masa prose merebus ini.

Bersihkan semua udang dan kupas kulit , sotong dibersihkan dan dipotong kecil . Kupas semua bawang putih dan di mayang halus-halus , semua cili di buang biji dan di cincang halus-halus juga kalau suka pedas boleh la dibiarkan biji cili tak yah buang.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan biarkan sampai layu kemudian masukkan semua cili dan gerang semua bahan ini sampai garing .


Masukkan semua udang dan sotong sampai masak dan boleh la terus masuk semua spaghetti dan kiub pati ayam yg di hancurkan serta garam dan serbuk lada sulah / lada hitam secukup rasa dan akhir sekali daun pasley yang diracik halus tadi . Kacau sampai semua bahan sekata dan masak .

No comments:

Post a Comment