Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang
mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini
terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei
dan Singapura.
Masak lemak ialah
sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini
merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan
dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah
pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam
masakan.
BAHAN BAHAN
1
kilo ikan keli salai
5
cawan santan pekat
3
batang serai (dititik)-kalau tak letak pun boleh
2
keping asam keping
2
biji tomato
BAHAN DITUMBUK
10
biji cili api
4
cm kunyit hidup
garam
secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Satukan
santan pekat dengan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan kuah
mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak kemudian masukkan asam
keping dan kacau lagi
Bila
kuah dah mendidih masukkan ikan salai, biarkan ikan keli menjadi lembut serta
boleh la dimasukkan tomato yang dah di belah 2 tadi, biar tomato layu sikit dan
boleh la ditutup api dapur.
No comments:
Post a Comment