Monday, November 27, 2017

RESEPI MASAK LEMAK PISANG

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN BAHAN
1 ikat pisang muda
Santan pekat dari sebiji kelapa
Segenggam ikan bilis

BAHAN DIKISAR
5 biji cili api
3 cm kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Pisang muda yang sudah siap dikupas. Cara nak mengupas pisang ini ialah dengan menyiat kulitnya sahaja. Pisau perlu disapukan dengan minyak kalau tidak nanti getah pisang muda akan melekat pada pisau

Mula sekali masukkan santan pekat , bahan ditumbuk lumat ,ikan bilis dan biarkan sampai kuah mendidih sekejap dan terus dimasukkan pisang muda.Kacau kuah dan buah pisang supaya menjadi mesra. Kemudian biar kuah mendidih dan buah pisang menjadi empuk dan masak.

Dah pun siap pisang masak lemak ini. Sedap dimakan dengan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan goreng. 


No comments:

Post a Comment