Wednesday, November 29, 2017

RESEPI SAMBAL TEMPE

TEMPE
empe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

RESEPI SAMBAL TEMPE  

BAHAN BAHAN
2 keping tempe potong kecil.. goreng
segenggam ikan bilis.. goreng
kacang tanah.. goreng

BAHAN UNTUK SAMBAL:
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit bilis
sedikit belacan
air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa
minyak utk menumis

PROSES MASAK
tumbuk bawang merah.. bawang putih.. bilis dan belacan
panaskan minyak. tumiskan bahan yg telah ditumbuk sehingga kekuningan..


Masukkan air asam jawa..garam gula dan serbuk perasa secukup rasa. masukkan bahan yang telah digoreng.. gaul sehingga rata.. sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment