Kuih
jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya
adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih
tradisi.
Jemput-jemput
atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali
sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika
diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan
menggunakan ukuran sudu.
CUCUR IKAN BILIS
Jemput bilis
atau juga dikenali sebagai cucur bilis, pada asasnya adalah merupakan gandum
yang digoreng dalam minyak. Jemput bilis mendapat nama kerana bahan perisa
tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu ikan bilis
kering. Ia dikenali sebagai jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput
tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk
dengan menggunakan ukuran sudu.
BAHAN BAHAN
Tepung gandum
Bawang besar potong dadu
Ikan bilis I Ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Sedikit lobak merah
Sedikit daun sup
Air panas mendidih secukupnya
PROSES MASAK
Gaulkan
tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun sup.
Apabila
tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi
bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok
menggunakan bekas yang besar.
Tuangkan air
panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan
gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian.
Apabila
semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi
seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu.
Setelah doh
agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh
bulat-bulatkan doh seperti di dalam gambar. Ikut kesesuaian nak buat saiz apa.
Goreng
seperti biasa dan selalu balikkan cucur sehingga garing sekata.
No comments:
Post a Comment