Thursday, November 16, 2017

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERLADA

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL TELUR  BERLADA
BAHAN BAHAN
6 biji telur
1/4 cwn air asam jawa
1 labu bawang besar-potong bulat
gula dan garam secukup rasa
air jika perlu
minyak utk menumis

BAHAN BAHAN KISAR
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah/hijau
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis- buang kotoran dan cuci
sedikit belacan

CARA PENYEDIANNYA
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan kisar  dan gaul rata. Kacau dan masak hingga terbit minyak

2. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Gaul rata dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masak guna api sederhana je

3. Pecahkan telur satu persatu tapi jangan bertindih ya. Kecilkan api dan biarkan telur separuh masak. Kemudian barulah terbalikkan sebelah lagi perlahan lahan

4. Bila dah masak sempurna dan cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.Sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih panas

No comments:

Post a Comment