Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sudu banyak
diternak oleh pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri
pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang banyak dilakukan di
kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia
juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an.
Ianya juga boleh mendatangkan sumber pendapatan yang
lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau
kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak
serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang
bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini adalah kerana
setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan
sesuai dinikmati bersama nasi panas.
BAHAN BAHAN
500 gm kupang yg dah di kopek
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam(utk gaul bersama kupang)
2 biji kentang (kupas kulitnya dan potong
serong)
BAHAN HIRIS
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji bawang putih, dihiris halus
1 inci halia, di hiris halus
5 btng lada hijau, dihiris serong
garam dan gula secukup rasa
PROSES MASAK
Bersihkan kupang, cuci dan toskan. Lumur
dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang kurangya 20 minit
Panaskan minyak di kuali. Goreng kentang yg
di potong serong tadi.gaulkan dan biarkan sedikit empuk.
Setelah empuk, masukkan kupang yang di perap
tadi dan gaul sebati
Masukkan hirisan bawang besar, bwng putih,
hirisan halia dan hirisan lada hijau . Gaul hingga sebati dan tutup kuali
sebentar.Perasakan garam dan gula.
Setelah siap angkat dan hidangkan. Sedap di
makan bersama nasi putih hangat.
No comments:
Post a Comment