Sunday, November 12, 2017

RESEPI SAMBAL UDANG LIPAN

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.


Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

RESEPI SAMBAL UDANG LIPAN

BAHAN-BAHAN

1 kg Udang Lipan
sedikit Garam sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas Bawang putih, ditumbuk
 5 ulas Bawang merah, ditumbuk
1/2 inci Halia, ditumbuk
1 btg Serai, dititik
1 1/2 cawan Cili Giling
1/3 cawan Sos tomato
garam
gula
minyak

PROSES MASAK
campurkan garam dan kunyit bersama udang lipan. goreng sehngga masak tapi jangan terlalu garing.

Panaskan miyak, Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan bawang merah.

Apabila bawang sudah naik bau, masukkan cili giling. teruskan memasak sehingga cili garing kemudian masukkan serai.

Masukkan sos tomato dan perasakan garam dan gula.

Masukkan udang lipan yang telah digoreng dan gaul rata.

siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment