Sunday, November 12, 2017

RESEPI UDANG MASAK SERAI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

UDANG MASAK SERAI
BAHAN-BAHAN
500 g udang saiz sederhana - Nak guna yg saiz besar pun boleh. (Lagi sedap.. haha)
1 mangkuk santan
4 sudu makan cili kering kisar
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili merah - potong dua dan hiris kulitnya memanjang


BAHAN DI KISAR
4 batang serai - dihiris halus
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cm halia

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.

Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan santan dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.

Masukk bawang besar dan cili merah. Masak hingga separuh lembut.

Masukkan udang. Masak dalam 5 minit.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.

Tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment