Thursday, November 16, 2017

RESEPI SUP IKAN JENAHAK

IKAN JENAHAK

Ikan Jenahak adalah sejenis ikan boleh dimakan dari keluarga Lutjanidae, order Perciformes yang terdiri daripada beberapa spesies. Ia boleh diketemukan di lautan bebas, namun terdapat juga beberapa spesies yang hidup di estuari, kawasan hutan paya bakau dan muara. Ikan jenahak biasanya mencari makan di kawasan zon air tawar. Ikan jenahak merupakan spesies ikan penting bagi komoditi dan merupakan makanan hasil laut pilihan bagi rakyat di Malaysia, Indonesia, malah juga India. Ikan Jenahak Merah adalah contoh variasi yang menjadi pilihan utama.

RESEPI SUP IKAN JENAHAK

BAHAN BAHAN
1 kg ikan jenahak / merah atau 2 ekor ikan berat 500gm seekor
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup / daun bawang dan bawang goreng

BAHAN KISAR
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis,
1 kunutm bunga lawing
2 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih-hiris
2 biji bawang merah-hiris

CARA MEMASAK
Ikan di siang buang insang isi perut dan bersihkan.toskan

Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan bahan yg lain sehingga lumat

Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan tumis

Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..
Masukkan air, biarkan mendidih

Masukkan ikan dan kacau rata. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan


Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment