Wednesday, November 15, 2017

RESEPI KARI AYAM PAKISTAN SPECIAL

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam- potong ikut suka dan kesuaian
1 inci kulit kayu manis
5 bj buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 bj bwg besar-hiris halus
2 bj tomato segar-hiris nipis
3 sb serbuk kari ayam
1 sb serbuk masala
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk kunyit
1 cawan yogurt
air panas secukupnya
garam/ kuib ayam

BAHAN KISAR/ DITUMBUK
5 ulas bawang  putih
1 inci halia

PROSES MASAK
1. Panaskan minyak, gorengkan ayam separuh masak - angkat ketepikan

2. Dengan menggunakan sedikit minyak yg sama, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.

3. Masukkan semua bawang besar yg dihiris, bawang putih dan halia, kacau hingga bawang tadi kuning dan layu..

4. Masukkan kesemua rempah-rempah tadi, tambah sedikit air, kacau hingga pecah minyaknya..

5. Masukkan air panas utk kuah, kalau nak kuah banyak boleh tambahkan air lagi, biar sampai kuah mendidih..

6. Masukkan ayam yg digoreng tadi, tomato yg dihiris dan juga yogurt.Biarkan mereneh sekejab, perasakan dgn garam  mengikut selera...

No comments:

Post a Comment