Thursday, November 16, 2017

RESEPI DAGING PALEMBANG

BAHAN BAHAN
500 gm daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 cawan kicap lemak manis
minyak Masak

BAHAN BAHAN KISAR/KETUK
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
10 - 15 biji cili kering

PROSES MASAK
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak

Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika

Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk

Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.

No comments:

Post a Comment