Friday, November 17, 2017

RESEPI IKAN GERUT SOS NENAS

Nama sintifiknya adalah Yellowtail trumpeter, Amniataba caudavittata,pomodasys kaakan  atau nama inggerisnya Grunter ,pada bulan Nov hingga April adalah waktu yang paling baik untuk memperolehi sepsis ini. Perbezaan antara Tebal Pipi dan Gerut-gerut, Tebal Pipi adalah satu nama spesies yang jarang didengari di kalangan pemancing ametur, sukar untuk membayangkan rupa spesies ikan yang dikatakan mempunyai pipi tebal ini. Saya tidak dapat bayangkan sebesar manakah pipi yang dikatakan tebal atau muka yang dipanggil 'tembam' atau pipi yang montel. Kerana sifat pipinya maka ikan ini mendapat namanya.
BAHAN BAHAN
4 ekor ikan gerut - 1 kilo
Sedikit tepung jagung - utk selaput ikan masa goreng
Sedikit daun sup/daun bawang /cili merah untuk hiasan
1-2 cawan nenas dipotong kecil
1 biji bawang besar -dipotong membulat nipis-nipis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN BAHAN KISAR
4 biji cili kering- rendam dulu dalam air panas sehingga kembang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai

BAHAN BAHAN SOS
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos nampla-sos siam
1 sudu kecil asam jawa
1/2 cawan air untuk xtra kuah-boleh tambah ikut citarasa sendiri
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air- bagi kuah pekat


PROSES PENYEDIAAN
1. Ikan gerut dibersihkan dan dikelar-kelar dan tos ikan sekejap atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna. 

2. Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan buah nenas serta semua bahan sos terus kacau. Rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . 

4. last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan air tadi secukupnya dan terus kacau kuah bagi pekat .

5. Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan dan boleh la dihiaskan ikan dengan cili merah serta daun sup/bawang

No comments:

Post a Comment