Friday, November 17, 2017

RESEPI AYAM TERIYAKI

Teriyaki (照り焼き, てりやき?) adalah cara memasak makanan Jepun yang dipanaskan atau dipanggang di atas kuali besi yang rata untuk memanggang dengan menggunakan sos teriyaki (tare). Sos teriyaki diperbuat daripada kicap (shōyu), sake untuk memasak, dan gula pasir dengan kadar 1:1:1.

Perkataan teriyaki berasal dari perkataan teri yang bermaksud bersinar (kerana mengandungi gula), dan perkataan yaki iaitu dibakar atau dipanggang. Sewaktu sedang membuat teriyaki, bahan-bahan makanan yang akan dipanggang dicelup dan diperap dengan sos teriyaki buat beberapa kali hingga betul-betul masak. Di Jepun, bahan yang banyak dipakai dalam masakan teriyaki adalah ikan yang yang banyak daging (tongkol, makarel, trout, marlin), sedangkan di luar Jepun digunakan berbagai jenis daging (ayam, lembu, babi), atau sotong ataupun bahan daripada ubi konnyaku.
BAHAN BAHAN
500 gram isi paha ayam dibuka tulang
1 ulas bawang bombay- Hiris halus
2 ulas bawang putih - ketuk
2cm halia - Ketuk
25 ml bumbu teriyaki instant
minyak sayur secukupnya

PROSES MASAK AYAM TERPIYAKI
Bersihkan  ayam dan toskan air.

Hiris ayam ukuran siaz hirisan nipis, lalu campurian bahan dengan bumbu teriyaki instan, biarkan selama 10 minit hingga bahan meresap.

Panaskan minyak, tumis bawang bombay, bawang putih, dan halia hingga keluar bau

Masukkan ayam, dan masak hingga ayam empuk  dan kuah kental.

Siap untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment