Friday, November 17, 2017

RESEPI CEKODOK UDANG MAMAK

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.

Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
BAHAN BAHAN
1 Kg tepung gandum
250gm udang sederhana besar
Segengam daun kucai
500gm taugeh
1 biji bawang besar dihiris halus.
1 paket yis kering
1 sudu kecil garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit.
Minyak masak.

PROSES MASAK
1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukan yis kering kedalam tepung kacau rata.

2. Masukan garam,daun kucai,taugeh,serbuk kunyit ke dalam tepung.

3. Masukan lima cawan air kedalam adunan tepung.Adunkan semua bahan sehingga sebati.

4. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu naik.

5. Panaskan kuali.Nyalakan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu besar. Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.

No comments:

Post a Comment