Wednesday, November 15, 2017

RESEPI AYAM MAMI TANJUNG

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana. 

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam – potong ikut saiz kesukaan anda
rempah tumis 4 beradik - utk tumis
( k.kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
2 helai daun kari
2 inci halia - dikisar
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar kunyit serbuk
1 botol yogurt perisa asli
2 bj cili hijau besar - di patah2
2 cawan air
garam/gula

BAHAN KISAR/ DITUMBUK / HIRIS
1 labu bwg besar - kisar
2 ulas bwg putih - kisar
1 sb jintas manis - tumbuk
1 sb lada hitam – tumbuk
3 biji tomato - hiris halus
5 ulas bawang merah – hiris nipis
3 ulas bwg putih – hiris nipis
3 labu bwg besar - hiris halus

PROSES MASAK
1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik, bawang merah, bawang putih, bawang besar sehingga kuning.

2. Masukkan bahan kisar, daun kari dan bahan tumbuk tadi, kacau  sebati.

3. Masukkan semua jenis rempah2 tadi, kunyit , kacau lagi.. tambah sedikit air , masak hingga  pecah minyak.

4. Masuk tomato masak hingga tomato sedikit hancur. baru masukkan ayam.. masak sehingga ayam tu kecut sedikit baru masukkan air, masak lagi hingga kuah mendidih baru masukkan yogurt

5. masak lagi hingga kuah tu nampak berminyak last masukkan cili hijau yg dipatah tadi

No comments:

Post a Comment