Thursday, November 16, 2017

RESEPI SOTONG DAN BUNCIS TUMIS TOMYAM

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN
600 gm sotong
15 batang kacang buncis
1 biji tomato-potong 6
2 helai daun limau purut
1 kiub/bungkus pes tomyam
1 sudu besar soso tiram
Garam dan gula
1 biji limau kasturi-ambil jusnya
minyak utk menumis

BAHAN HIRIS
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
5 biji cili padi

PROSES MASAK
Bersihkan sotong, kelarkan sedikit, cuci dan toskan

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 hiris. Tumis hingga bwng sedikit layu.

Masukkan sotong dan kacang buncis. Gaul rata dan masukkan pes tomyam

Masukkan daun limau purut, jus limau kasturi dan gaul rata.Masukkan buah tomato

Tambahkan sedikit garam, gula dan air jika perlu

Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, matikan api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

No comments:

Post a Comment