Thursday, November 16, 2017

RESEPI SOTONG MASALA

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN1
500 gm sotong- dikerat 1 1/2 inci tebal)
2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
3 tangkai daun kari
1/2 cawan yogurt asli
2 tangkai cili merah (dihiris serong)
2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
2 sudu kecil serbuk cili
garam dan gula secukup rasa

BAHAN B (DIKISAR):-
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA-CARA:-
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.

Masukkan udang/sotong dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)

Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.


Sedia dihidangkan

No comments:

Post a Comment