Asam Pedas ialah sejenis masakan
Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua
orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan
Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu
mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka
dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada
citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat
berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo daging tetel atau daging ada lemak sikit
1/2 Sudu kecil jintan manis
1/2 Sudu Kecil jintan putih
5 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang putih
1 sudu besar lada hitam
3 batang serai
air asam jawa
daun kesum
1 biji tomato segar
garam/ kuib perasa daging
BAHAN KISAR
15 - 20 cili kering
Bawang Besar
Sedikit Belacan
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
PROSES MASAK
1. Daging direbus terlebih dahulu,
sejukkan sebentar kemudian potong keciI – kecil dan ikut keseuaian
2. cili kering direndam air panas,
kemudian dikisar dgn bawang besar dan belacan. halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk
kasar dahulu kemudian Kisar
3. Panaskan minyak, tumiskan jintan manis,
jintan putih, bwg merah dan bawang putih hingga kuning
4. Masukkan semua bahan yg diblend tadi
dan serai yg diketuk kacau dan masak hingga pecah minyaknya
5. Masukkan daging, tambah air jika
perlu.. kadang2 tu daging ni agak liat sikit.masak sampai daging lembut
6. Masukan lada hitam yg ditumbuk kasar. masukkan
air asam jawa, tambah air jika perlu..ikut selera nak pekat atau cair..masak
hingga mendidih.
No comments:
Post a Comment