TAUGEH
auge atau
kecambah ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi sejenis sayuran yang
popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Disamping itu, ianya
bersih daripada racun kulat atau serangga, dan mempunyai vitamin A dan C dan
sumber kalsium yang tinggi.
Walaupun ada
pelbagai jenis tauge, di Malaysia hanya terdapat dua jenis tauge yang utama dan
biasa digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan tauge kasar.
Cara
penghasilannya adalah mudah dan bersih jikalau langkah-langkah tertentu diambil
dan diawasi. Tauge dicambah dengan mengalirkan air pada biji benih selama
beberapa minit dalam beberapa kali sehari sehinggalah tauge mencapai tahap
matang yang dikehendaki. Tahap matang tauge berbeza mengikut pasaran tempatan.
Tauge biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan kini
menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat.
RESEPI TAUGEH MASAK
LEMAK
BAHAN BAHAN
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk cendawan tiram
3 ketul tauhu - dibelah 4
1 peket fishbal - dibelah 2
1 kotak kecil santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
No comments:
Post a Comment